Owner Link My stories
Khuza-Ssi



Cheque from Yuna
Saturday, June 2, 2012 | 8:00 PM | 0 wink


Alhamdullilah,  akhirnya Yuna nak bagi duit kat peminat setia sebagai penghargaan. Dengan cara sebegini, dia nak menghargai peminat setia Yuna. 



TERIMA KASIH YUNA! setiap gambar ada lagu.



Rezeki atas usaha share link SAYS.COM


btw , tak ada kena mengena pun dengan Yuna artis terukir di bintang tu. Ini chek duit dari team Yuna says.com.  Saja nak buat gimik sikit. Berapa $$ saya dapat ? tak la banyak sangat, cukup-cukup lah untuk belanja makan.

Siapa masih rajin nak share link says.com ? boleh PM/DM saya di facebook atau twitter. Boleh kita exchange link. Saya dapat duit, awak pun dapat duit.


Photobucket
kenapa jerawat timbul ? ketahui punca mengikut organ ..
Tuesday, May 29, 2012 | 8:30 PM | 2 wink


Tahukah anda dimana posisi jerawat itu timbul memberi petunjuk tentang tahap kesihatan kita walaupun bukan secara menyeluruh.


Jerawat sekitar Dahi


Jerawat timbul didahi disebabkan tahap haba dalam badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak lancar. Orang yang ada jerawat didahi selalunya mempunyai sifat panas baran. 

Untuk menghindarinya , disarankan tidur awal dan bangun awal setiap hari dan tidur yang cukup. Amalan minum banyak air seperti yang ditetapkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 


Jerawat di Hidung



Jika jerawat timbul dikawasan batang hidung , kemungkinan anda mempunyai masalah tulang belakang.  Jika dihujung hidung , disebabkan haba perut  melampau dan sistem penghadaman yang tidak stabil . Selain itu, jerawat dihidung juga dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi bermasalah.


Jerawat di kawasan pipi kanan dan kiri. 



Sebelah kanan - fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal
sebelah kiri - fungsi hati mungkin kurang lancar seperti masalah rembesan , penghasilan darah , penyahtoksin. 


Jerawat di Dagu




Kemungkinan anda mempunyi masalah buah pinggang atau sistem endokrin lemah . Untuk kaum wanita, jerawat disekitar dagu memang tidak dinafikan kerana berpunca daripada kitaran haid yang tidak teratur dan sistem peranakan tidak baik.


Jerawat di badan. 



Jerawat yang timbul di depan mahupun belakang badan memberi tanda kemungkinan bermasalah kumuhan seperti sembelit. Dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat untuk memastikan toksin tersingkir dengan banyak.


Artikel ini cuma sebagai rujukan . Untuk lebih kepastian berjumpa la dengan doktor pakar kulit. Sebagai kesimpulannya , amalan minum air 8 gelas sehari untuk menghilangkan toksin dalam badan.


cepat2 tengok cermin , tengok jerawat timbul kat mana.. saya juga ada masalah jerawat, tapi lebih kepada kesan parut jerawat. Jerawat sudah jarang timbul sebab saya amalan minum banyak air dan pakai sabun beras susu. Alhamdullillah ada kesan positif.

kredit - Google , blog dian pixy.
Photobucket
Diberi nafas baru.
Monday, May 28, 2012 | 8:00 PM | 0 wink



Blog saya bertukar rupa lagi. Agaknya kebosanan berada dihostel,habis blog dikerjakan. Lagipun hampir sebulan saya tidak langsung memperdulikan blog ini. Biar ringkas asalkan sedap mata memandang. 


Housemate dan kawan2 sekelas saya yang berasal dari sabah semuanya sudah sampai di KK. Mesti seronok mereka bernafas disana. Lagi 2 minggu saya akan kembali ke tanah kelahiran saya. So another story about si pengganggur yang sibuk mencari kerja sambilan. Hendak ku tunggu sijil diploma, oktober lama lagi menjelang.  Menunggu hari graduasi lagi 5 bulan, boleh cari hasil isi perut dan tunaikan tanggunjawab sebagai seorang anak. 


Tertiba entri nampak kematangan. Ops. 
Photobucket

Older Post
Lady Boss!
Hello,You are most welcome here. By the way i'm Khuza-ssi . 21 years old. sweetheart(s)
Chit Chat chit chat


let's tweets
community
award from wsb
WSB

Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Khuza-ssi.